1.Dibelenggu para syaitan dan jin.
Menurut Imam
As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang
lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan
ini.
“Apabila tiba awal malam dalam
bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka - (Riwayat
at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu
Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan
kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai
buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah
kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita
harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah
pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian
syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
2. Amalan sunat diberi pahala
fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“Menunaikan
yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali
ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu,
maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat.
Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu
mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat
yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala.
“Daripada
Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir
bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada
kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan
yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang
Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat
pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat.
Sesiapa yang
mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan
kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah
yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan
Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70)
amalan fardhu.”.
Dari
Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah
malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah
mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!
Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan
orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan
keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan
Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan
Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan
dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan
disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh
sehingga lepas Ramadhan.
4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu
Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan
Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari).
Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya
seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin
juga dapat menikmatinya pada bulan ini.
5. Allah perhiaskan syurga.
Allah
percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bidadari berpantun minta
disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
Bahawa syurga
berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya
bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan
bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun
kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan
seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah
di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang
yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya :
Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis,
inilah malam Ramadhan .
6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan
Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang
dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua
orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
7.Ramadhan ialah tetamu yang
mendatangkan keampunan Allah
Dalam
sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
Telah datang
kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan.
Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang
membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang
itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka
makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu
dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu
pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang
ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi
Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan
dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan
baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta
dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh
orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan
makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“
8. Tawaran Pengampunan dosa lepas
dan akan datang
Dari
Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:
“Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman
dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya
yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari
Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail
(solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda
bersabda:
“Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan
pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan
oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan
diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang
menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan
dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah
bersabda
“Sialah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat keampunan”.

No comments:
Post a Comment